kalau dibilang tegar mah engga juga,,tapi kalau dikata lemah pun aku enggan mengiyakan ..
aiyaa...bagaimana cara mendalami hati seseorang yang notabennya memang teramat sulit dipahami,apakah kita harus selalu memahaminya?mengerti dia? kukira itu hal yang tidak akan membuat hati masing masing menjadi tenang,pelaku ya tidak merasa diuntungkan juga.
apalah arti memahami seseorang,,kenapa terasa sulit sekali bagiku ya..
padahal ingin jadi yang bijaksana,tapi ego masih diutamakan,yah inilah kau dengan segal kekuranganku,
dan maafku untuk yang selama ini pernah merasa tersakiti oleh sikapku yang memang begini nyatanya.
namun sungguhku ingin bertahap dalam memperbaik diri mempercantik hati dengan segala kesabaran yang kupunya tentunya.
hemb,,semoga dengan mengetahui hikmah bersabar dapat kupraktekkan dalam menghadapi segala masalah yang mendera nah ini dia hikmah bersabar :
Bertahap Lebih Baik
Pertama, dapat
mengelakkan daripada penyakit. Jika kita tidak sabar tentu hati dan
fikiran serta perjalanan darah dalam diri kita akan terganggu. Contohnya
katakan jika kita terlampau marah kepada seseorang kerana ia telah
menjatuhkan air muka kita di depan orang ramai maka kita pun tidak sabar
dengan terus bertindak balas atau menyerangnya di depan orang ramai
juga. Pada masa itu denyutan jantung kita semakin laju dan tekanan darah
akan bertambah. Akibatnya jika kita terus bersikap demikian sudah pasti
lama-kelamaan kita mungkin diserang sakit jantung atau darah tinggi.
Kedua,
dapat mengekalkan hubungan silaturahim. Bila orang melihat sikap kita
yang sentiasa bersabar menyebabkan mereka merasa senang dengan kita dan
mereka ingin mengekalkan hubungan yang baik dengan kita.
Ketiga, Tuhan akan sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Sabar itu adalah separuh daripada iman.
Keempat,
amalan bersabar boleh menyebabkan fikiran kita menjadi lapang dan
tenang. Mungkin semasa kesusahan tidak berlaku kesenangan tetapi selepas
itu barulah kita merasakannya.
Kelima,
kajian telah mendapati ketika kita marah berjuta-juta sel dalam darah
kita akan mati sedangkan sel-sel tersebut adalah penting untuk kita.
Bagi mengelakkan kematian sel yang banyak ia perlu disekat dengan cara
menghentikan kemarahan iaitu bersabar.
Walaupun
pepatah ada mengatakan bahawa seberat-berat mata memandang berat lagi
bahu memikul namun mengamalkan kesabaran sedikit sebanyak dapat
meringankan bebanan atau kesusahan yang sedang kita alami.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar